mangga ad

Thursday, September 30, 2010

Bowling: Lima atlet baru terpilih

Ini cerita terbaru yang aku baca mengenai sukan bowling. Berita ni aku petik dari myMetro hari ini.

Bukannya apa....sekadar berkongsi minat dan aku harap sukan bowling ni akan terus maju...

Aaron Kong

BERBEKAL prestasi memberangsangkan sejak awal tahun, lima atlet bowling negara kini berjaya menempah tiket bertarung ke Sukan Asia buat pertama kali, November nanti.
Kelima-lima mereka diberi kepercayaan bersaing buat pertama kali di Guangzhou adalah, Sin Li Jane, Zatil Iman, Adrian Ang, Muhd Syafiq Ridhwan dan Muhd Nur Aiman.
Zulmazran
 Mereka bersama tujuh yang lain berpadu tenaga menyumbang pingat kepada Malaysia dengan Alex Liew , Aaron Kong dan Zulmazran Zulkifli yang mewakili pasukan lelaki berserta Zandra Aziela, Esther Cheah, Sharon Koh dan Shalin Zulkifli, pasukan wanita, pernah berentap di Sukan Asia Doha 2006.

Ketika di Doha, bowling berjaya meraih tiga emas, iaitu antara sukan yang membantu Malaysia merangkul kilauan pingat terbanyak pernah dikecapi negara di Sukan Asia.
SLJane & Andrian

Pengurus Pasukan, BC Cheah, berkata 12 atlet ini dipilih berdasarkan prestasi dipamer sejak awal tahun.

“Saya puas hati melihat prestasi serta pencapaian mereka di kejohanan Terbuka Hong Kong, minggu lalu. Ia membuktikan segala usaha serta persiapan sejak awal tahun, berada di landasan yang betul,” katanya.





Tuesday, September 21, 2010

Doa buat skaud Malaysia di Jakarta dan bandung,Indonesia...

Skuad Rajagobal perlu tampil cemerlang

skuad negara tidak perlu merasa tertekan, sebaliknya mereka perlu beraksi dengan cemerlang pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta dan Bandung, Indonesia bermula 1 hingga 7 Disember depan, lapor HAFIZ ABBAS.
Ini kerana, skuad negara diundi dalam kumpulan dianggap 'maut', Kumpulan A yang turut menampilkan tuan rumah, Indonesia dan naib juara 2008, Thailand
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) berkata, ini kerana skuad kendalian K. Rajago- bal itu boleh dianggap pasukan bukan pilihan berbanding pasukan lain dalam kumpulan tersebut.
"Saya tidak menganggap skuad negara berada dalam 'kumpulan maut' tetapi ia lebih kepada suatu cabaran.
"Saya juga berpendapat kita adalah pasukan underdog kerana beraksi di Indonesia dan kita tidak seharusnya tertekan dan boleh beraksi dengan baik," kata baginda pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Adnan Wan Mamat di Taman Budaya, Jalan Teluk Sisek, Kuantan semalam.
Tambah Tengku Abdullah, pada kejohanan itu kelak, skuad negara dijangka tidak menghadapi tekanan hebat berbanding Indonesia yang menjadi tuan rumah.
"Skuad Indonesia seharusnya lebih tertekan kerana mereka menjadi tuan rumah dan semestinya perlu menunjukkan aksi cemerlang di halaman sendiri," titahnya.
Dalam perkara berkaitan, baginda dimaklumkan bahawa kerajaan Indonesia telah memberi jaminan akan mengadakan kawalan rapi bagi memastikan skuad negara dapat beraksi tanpa seba- rang gangguan berikutan gerakan anti-Malaysia dilancarkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) baru-baru ini.
"Kerajaan Indonesia berjanji akan memberi segala pengawasan berhubung keselamatan yang membolehkan kita bermain di sana," katanya.
Mengulas mengenai isu bekas jurulatih Harimau Muda A, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang terpaksa menolak beberapa tawaran sebagai jurulatih pasukan luar negara berikutan masalah beliau dengan FAM, Tengku Abdullah menyatakan perkara itu seharusnya boleh diselesaikan dengan baik.
"Azraai perlu berjumpa dengan pihak FAM dan suarakan kehendaknya," ujarnya.

Saturday, September 18, 2010

Ape nasib sukan takraw negara???

Peluang pulih maruah takraw



SKUAD sepak takraw negara berpeluang memulih semangat selepas diaibkan Korea Selatan di Piala Raja Thai, bulan lalu apabila berlepas ke Guangzhou, semalam untuk menyertai Kejohanan Jemputan Semangat Guangzhou, bermula esok. [+]

Friday, September 10, 2010

Beraya di kg kuala ina,tampin n.sembilan.




**Beraya bersama family kakak ku......

Atlet ceria berhari raya

SAMBUTAN hari raya disambut meriah oleh semua golongan termasuk atlet negara yang menyambut hari kebesaran umat Islam, Aidilfitri di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.
GEMBIRA...Pemain hoki wanita negara (dari kiri) Nadia Abd Rahman, Norhidayah Bukhari, Siti Rahmah Othman dan Juliani Mohd Din seronok bermain bunga api.
GEMBIRA...Pemain hoki wanita negara (dari kiri) Nadia Abd Rahman, Norhidayah Bukhari, Siti Rahmah Othman dan Juliani Mohd Din seronok bermain bunga api.
BERMAAF-MAAFAN...Sazali Samad dan Datuk Misbun Sidek bersalam dan bermaafan  di hari raya.
BERMAAF-MAAFAN...Sazali Samad dan Datuk Misbun Sidek bersalam dan bermaafan di hari raya.
Berhari raya di perantauan ataupun MSN bukanlah satu perkara luar biasa bagi atlet negara terutama ketika mereka perlu menyiapkan diri menghadapi Sukan Komanwel New Delhi, bulan depan dan Sukan Asia Guangzhou, November yang dianggap penting hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong, bagaimanapun meminta semua atlet yang terpilih mewakili negara di dua temasya sukan berkenaan lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan pada musim perayaan ini.

“Bagi atlet yang berpeluang pulang ke kampung, saya berharap mereka akan lebih berwaspada terutama dalam perjalanan ke destinasi masing-masing. saya doakan keselamatan semua dan turut mengingatkan supaya hindari daripada sebarang kecederaan ketika Sukan Komanwel sudah semakin dekat.

“Jagalah pemakanan untuk mengekalkan keadaan fizikal yang ideal supaya bila pulang menjalani latihan tidak akan menyusahkan jurulatih masing-masing. Jika boleh teruslah menjalani latihan ringan ketika bercuti.

“Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pegawai MSN, atlet dan jurulatih yang selama ini berusaha keras demi negara,” katanya.




sukanku: selamat hari raya buat semua pencinta sukan tanah air,maaf di pinta....
petikan dari Harian Metro

Thursday, September 9, 2010

salam perkenalan

assalammualaikum...
saya baru belajar nak bloggin,harap ada yg sudi jadi rakan berkongsi minat tentag sukan.....
Related Posts with Thumbnails