mangga ad

Tuesday, September 21, 2010

Doa buat skaud Malaysia di Jakarta dan bandung,Indonesia...

Skuad Rajagobal perlu tampil cemerlang

skuad negara tidak perlu merasa tertekan, sebaliknya mereka perlu beraksi dengan cemerlang pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta dan Bandung, Indonesia bermula 1 hingga 7 Disember depan, lapor HAFIZ ABBAS.
Ini kerana, skuad negara diundi dalam kumpulan dianggap 'maut', Kumpulan A yang turut menampilkan tuan rumah, Indonesia dan naib juara 2008, Thailand
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) berkata, ini kerana skuad kendalian K. Rajago- bal itu boleh dianggap pasukan bukan pilihan berbanding pasukan lain dalam kumpulan tersebut.
"Saya tidak menganggap skuad negara berada dalam 'kumpulan maut' tetapi ia lebih kepada suatu cabaran.
"Saya juga berpendapat kita adalah pasukan underdog kerana beraksi di Indonesia dan kita tidak seharusnya tertekan dan boleh beraksi dengan baik," kata baginda pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Adnan Wan Mamat di Taman Budaya, Jalan Teluk Sisek, Kuantan semalam.
Tambah Tengku Abdullah, pada kejohanan itu kelak, skuad negara dijangka tidak menghadapi tekanan hebat berbanding Indonesia yang menjadi tuan rumah.
"Skuad Indonesia seharusnya lebih tertekan kerana mereka menjadi tuan rumah dan semestinya perlu menunjukkan aksi cemerlang di halaman sendiri," titahnya.
Dalam perkara berkaitan, baginda dimaklumkan bahawa kerajaan Indonesia telah memberi jaminan akan mengadakan kawalan rapi bagi memastikan skuad negara dapat beraksi tanpa seba- rang gangguan berikutan gerakan anti-Malaysia dilancarkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) baru-baru ini.
"Kerajaan Indonesia berjanji akan memberi segala pengawasan berhubung keselamatan yang membolehkan kita bermain di sana," katanya.
Mengulas mengenai isu bekas jurulatih Harimau Muda A, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang terpaksa menolak beberapa tawaran sebagai jurulatih pasukan luar negara berikutan masalah beliau dengan FAM, Tengku Abdullah menyatakan perkara itu seharusnya boleh diselesaikan dengan baik.
"Azraai perlu berjumpa dengan pihak FAM dan suarakan kehendaknya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails